Sunday, August 7, 2011

Kain Songket Terengganu (Corak Rambo 01)

G01
G01 pada lampiran ini adalah kain songket corah rambo yang sungkit dengan mengunakan benang emas pelangi, kain sangat sesuai dipakai dengan berbagai warna baju melayu.
G02
G02 adalah corak yang terdapat pada kain ini, benang emas pelagi ini akan timbul apabila terkena cahaya matahari atau pun cahaya lampu, kain sangat cantik apabila ada berada ditempat yang cerah kerana ke unitkan benang ini ketika ia bertindak balas terhadap cahaya.
G03
G03 yang dipaparkan ini adalah corak pada bahagian tepi kain songket ini, dengan keliauan cahaya lampu, anda dapat melihat warna pelangi yang terbentuk daripada benang emas pelangi. disebabkan itulah benang emas ini mahal jika dibandingkan dengan benang-benang emas yang lain.
G04
G04 pula adalah corak yang disungkit pada bahagian kepala kain ini, corak pada kepala kain ini sangat menarik dan ia mengambil masa yang agak lama untuk di sungkit kerana ia sungkit penuh dengan mengunakan benang emas pelangi. Manakala saiz kain ini pula adalah 2.25 meter.

PERHATIAN : KAMI HANYA MENGUNAKAN POS LAJU SAHAJA DAN KAIN INI AKAN DI POS KEPADA ANDA APABILA DUIT TELAH DI MASUKKAN KEDALAM AKAUN .

2 comments:

  1. boleh ke buat baju kurung moden untuk wanita klau 2.25m? atau hnye sesuai untuk sampin sahaja? hrga berapa?

    ReplyDelete