Tuesday, August 17, 2010

Kain Songket Sutera Terengganu (corak pokok 01)


ini adalah kain sutera corak pokok,kain sutera corak pokok lebih mahal jika di bandingkan dengan corak pagar,kerana corak pokok lebih susah disongket,corak pokok mempunyai sulaman yang banyak,corak kain ini pula mempunyai banyak warna,serta ia mengambil masa agak lama untuk menyiapkannya sehelai kain..





ini antara sebahagian pada kain ini yang saya ambik gambar,ini adalah gambar corak bunga bahagian bawah,tengoklah hasil sulaman yang telah terhasil ini,corak bunga bawah kain ini di hasilkan dengan benang emas,kain ini lebih cantik bila terkene cahaya matahari atau cahaya lampu dia makin berseri-seri.


     



pada bahagian atas tadi,anda semua melihat pada bahagian bawah kain,tapi ini pula gambar diantara kepala kain, bunga pokok disebelah kiri dan kanan kain ini,pehatikanlah corak kain songket terengganu ini,begitu menarik sulaman kain ini.










gambar yang ke-4 ini pula,saya ambil separuh daripada sehelai kain,diantara kepala kain dan hujung kain,corak kain sutera pokok ini amat terkenal di terengganu,tapi diluar terengganu pun terkenal dengan kain sutera corak pokok nie,kain nie amat berpuas hati bagi saya.








      1 comment:

      Lagu Rakyat Terengganu


      MusicPlaylistView Profile
      Create a playlist at MixPod.com