Saturday, August 21, 2010

Kain Songket Terengganu (corak proton saga 03)




gambar kain ini saya ambil semasa kain ini belum siap sepenuhnya lagi,tp corak kain ini dipanggil corak proton saga,bukan kereta,tapi kain songket jew tau,kebanyakkan orang memakai kain ini di majlis hari raya,kerana untuk menyerikan dihari raya,malah bukan sahaja di hari raya,dia juga boleh dipakai di majlis-majlis rasmi atau ke solat hari jumaat.





gambar yang ke-2 ini,setelah kain ini sudah siap,panjang kain sampin songket ini 2 meter lebih,kain ini cantik apabila nampak daripada jauh,kerana bunga emas dia timbul seri,di sebatkan kerana bunga dia halus,kain nie memang cantik jika tuan memakai baju warna gelap,disebatkan warnanya yang cerah,di masukkan bunga-bunga yang halus,kain ini nampak sangat lembut warna dia,sedap mata memadangnya,



G-3 : disini saya lampirkan gambar corak bunga badan kain ini,dye ada dua warna bunga,iaitu bunga warna emas kuning dan warna bunga emas putih,saiz bunga kain ini lebih halus di bandingkan dengan corak-corak kain yang lain.sulaman dia amat teliti,kerana penyokit perlu menukar warna benang setiap kali ingin membentuk corak bunga.
G-4: Gambar ini pula adalah gambar kepala kain dan gambar badan kain ini,kepala kain ini di songket dengan bunga benang emas,dan dihiasi dengan layer warna putih,didalam layer putih itu masih terdapat corak sambungan bunga emas itu,hasil kain ini amat berpuas hati.






G-5 : gambar yang last nie adalah gambar corak badan dan corak bawah kain ini,walaupun kain ini diambil pada waktu malam,kain ini masih timbul warna emas dia berkilau apabila terkene cahaya lampu.

*KUALITI : KEMAS,BERSIH CANTIK,KERAS.
                    TEBAL

No comments:

Post a Comment

Lagu Rakyat Terengganu


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com