Sunday, August 7, 2011

Kain Songket Terengganu ( corak penuh 03)

Terima kasih kepada saudara yang berkunjung ke blog songket terengganu asli ini,
G01
G01 adalah gambar kain ini disungkit dengan mengunakan benang emas putih, jika dibandingkan emas putih dan emas merah, kain yang disungkit dengan benang emas putih lebih mahal, corak pada kain ini sangat cantik , sungkitan yang agak halus, warna hitam dan putih yang ada pada kain ini sesuai dipadamkan dengan warna apapun baju yang anda pakai.

Monday, August 1, 2011

Kain Songket Sutera Terengganu (Corak Pokok 02)

Asalamuaikum kepada semua peminat seni kraftangan negeri Terengganu, sebelum tuan2 melihat corak kain songket saya ini, saya wakil daripada blog ini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak yang tidak lama lagi akan merayakan hari yang sangat bahagia kepada saudara-saudara muslim saya sahaja tidak kira dimana sahaja anda berada.


G-01
Gambar G-01 adalah gambar benang sutera karat, benang sutera ini lebih mahal di bandingkan dengan benang - benang sutera biasa, biasa harga kain yang di sungkit dengan mengunakan benang ini boleh mencecah Rm12k, jika lebih tuw saya xtau la.. yang saya tau macam tuw jew,

Friday, June 17, 2011

Kain Songket Terengganu ( Corak Proton Saga 08)

 

kain songket ini adalah warna terbaru yang ada didalam blog ini, kain ini baru siap untuk di jual kepada tuan, untuk makluman tuan2 sekalian, pada harga ini, kain songket telah naik di pasaran. Ini sebabkan oleh kenaikan barang - barang untuk mehasilkan kain songket. Saya bagi pihak peniaga kain songket bukan sengaja untuk menaikan harga kain songket dalam blog saya ini.

Tuesday, May 3, 2011

Kain Songket Terengganu ( Corak Proton Saga 07)

gambar kain yang ke-2 baru siap tp yang nie yang bulan lepas punya, oleh kerana mlm nie baru saya update blog saya, ini pun kerana 4 orang pelangan yang call saya arie nie, tp yang call saya suruh update arie tuw sorry r x update, sbb saya pun sibuk juga. nie kerja saya hanyalah untuk membantu bisnes kecil - kecilan keluarga saya jew. saya mintak maaf banyak2 jew.... heheheeee. kain yang kedua nie, nampak lembut, tp garang r ckit pada yang fist tuw. kain ini ada 2 helai corak yang sama. kalau ada yang berkenang tuw, xpayah risaula..ini terhad untuk 2 orang sahaja kat Malaysia nie. kita kira jalan mudah, sape cepat dia dapat. kalau yang nk bernikah tuw saya nasihatkan janganlah last minit baru call tanya ngan saya. sekarang barang dah ada nie belilah ye.. nnt saya pula terkejar - kejar duk cari kain. kalau ada yang terasa sory la.. sape suh buat peragai macam tuw. heheheheeheee.

Kain Songket Terengganu ( Corak Proton Saga 06)

ini adalah gambar kain yang baru siap di tenun, kain ini sesuai untuk pemakai yang berciri - ciri sukakan pada warna yang lembut atau pun si pemakai ingin memakai dengan baju melayu yang berwana lembut. tetapi kain ini sesuai di padamkan dengan pelbagai jenis -  jenis baju melayu di sebabkan ciri - ciri yang ada pada kain ini.

Wednesday, November 24, 2010

Kain Songket Terengganu ( Corak Proton Saga 05)

Asalaimualaikum.....
ape khabar semua pelawat2 dan peminat2 kain songket songket Terengganu,sorry lah coz dah lame saya tak update blog saya ini. Sebab pada mase nie saya kurang cari kain songket. Saya ingatkan orang dah kurang cari kain songket,rupa2 nye ada lagi yang call saya cari kain songket. So Terima Kasihlah kepada peminat2 kain songket ini. Tp kali nie saya update kain songket baru nie.corak Pelangi @ corak proton saga,nie gambar penuh kain ini ye, tuan2......

Monday, September 20, 2010

Kain Songket Terengganu (Corak Penuh 02)

ini adalah gambar terbaru, iaitu kain songket terengganu yang baru di proses 2 minggu dan mungkin akan siap dalam 2/3 minggu lagi,warna kain nie agak lembut apabila dilihat,kain ini cantik untuk ke mane-mane majlis,benang yang di pakai pada kain ini adalah benang cotton,kain ini di hasilkan dengan benang emas yang di tenung pada songket sutera,tp benang cotton,benang pelangi juga di masukkan.bunga kain ini adalah bunga kain songket sutera pagar.



Lagu Rakyat Terengganu


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com