Monday, August 1, 2011

Kain Songket Sutera Terengganu (Corak Pokok 02)

Asalamuaikum kepada semua peminat seni kraftangan negeri Terengganu, sebelum tuan2 melihat corak kain songket saya ini, saya wakil daripada blog ini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak yang tidak lama lagi akan merayakan hari yang sangat bahagia kepada saudara-saudara muslim saya sahaja tidak kira dimana sahaja anda berada.


G-01
Gambar G-01 adalah gambar benang sutera karat, benang sutera ini lebih mahal di bandingkan dengan benang - benang sutera biasa, biasa harga kain yang di sungkit dengan mengunakan benang ini boleh mencecah Rm12k, jika lebih tuw saya xtau la.. yang saya tau macam tuw jew,


G-02
G -02 pula adalah gambar kain songket sutera yang di hasilkan dengan mengunakan benang karat yang di paparkan pada gambar G-01, corak pada kain ini nampak unik apabila dilihat oleh individu kerana ia mempunyai warna yang agak pelik. kain ini takat 3, kualiti kain sangat baik berbeza dengan takat 5. untuk pengetahuan tuan, saiz kain ini 2.25m. Ia sesuai dipakai oleh semua bentuk badan. Kain pada gambar ini belum lagi siap sepenuhnya mungkin akan siap dalam masa 3minggu lagi daripada tarikh yang ada pada gambar kain ini.

G - 03
Gambar ini memaparkan bunga corak pokok yang di sungkit pada kain ini, corak ini mengambil masa yang lama jika dibandingkan dengan kain corak2 yang biasa. Harga kain songket sutera bukan bergantung pada kain sutera yang di hasikan, tetapi ia bergantung kepada corak dan benang yang akan menhasilkan kain songket.

G-04
G-04 pula adalah kepala kain ini, gambar kepala kain ini banyak memakai benang emas putih, emas merah , emas perak , dan emas merah jambu. di sebabkan itulah kain ini boleh mencecah puluh ribu, orang yang boleh menhasilkan kain ini hanyalah orang yang betul2 mahir sahaja.

2 comments:

  1. nie buat dkt mana?
    sy dah lama mencari corak lain dari yg lain...

    ReplyDelete
  2. jika tuan berminat dengan kain ini, sila hubungi saya untuk berurusan, kain di buat oleh penyoket terengganu.

    ReplyDelete

Lagu Rakyat Terengganu


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com